Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

MALAM LAWAK SASTERA BH

Dapat belajar sastera Melayu di sebalik persembahan lucu

Nov 15, 2016 | 05:30 AM



APAKAH sebenarnya yang berlaku di belakang tabir drama radio?



Bagaimanakah pula proses menghasilkan kesan bunyi yang begitu realistik dan boleh membuat pendengar menggambarkan sendiri adegan yang sedang berlaku?



Penonton pementasan Malam Lawak Sastera: Sayang di Sayang telah pun memperoleh jawapan bagi kesemua soalan ini melalui drama radio itu yang dipentaskan di Panggung Victoria pada 5 November lalu.



Aspek sastera Melayu dan Baba yang dipamerkan, unsur lawak yang diselitkan serta barisan pelakon veteran yang bertenaga telah menggamit perhatian penonton yang tidak kering gusi menyaksikan persembahan itu.



Salah seorang daripada mereka ialah Cik Atikah Wahab, 21 tahun, yang datang bersama ibu dan adiknya.



Menurut beliau, walaupun persembahan tersebut lucu dan menghiburkan hati, pada masa yang sama ia juga mengajar unsur sastera Melayu.



"Memang pementasan ini merupakan sesuatu yang menghiburkan hati dengan gelagat pelakon-pelakon veteran yang sangat lucu.



"Tetapi bagi saya, selepas persembahan ini saya juga dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang pantun dan juga sajak serta perbezaan bahasa Melayu dan Peranakan Baba," katanya.



Adiknya pula, Cik Amira Sorfina Wahab, 19 tahun, berkata beliau sering mendengar drama di radio bersama ibunya, Cik Zainon Othman, 61 tahun.



"Hari ini saya puas hati kerana dapat melihat sendiri bagaimana drama radio dihasilkan.



"Ini amat menarik kerana saya dapat lihat bahawa mereka memerlukan lebih ramai orang untuk menghasilkan kesan bunyi yang membuatkan drama itu lebih realistik," ujarnya.



Seorang lagi penonton, Encik Effendi Danyati, 56 tahun, berkata bahawa beliau begitu ghairah menyaksikan persembahan itu sehinggakan beliau pergi membeli tiket di Sistic walaupun tiket masih belum dijual.



"Bagi kami tempat ini memang menimbulkan nostalgia kerana kami pernah datang ke sini pada awal 1990-an untuk menyaksikan persembahan Melayu oleh badan seperti Sriwana," ujarnya yang datang bersama isterinya, Cik Maimuna Musam.



"Kali ini saya bagi surprise untuk isteri saya dengan mengajaknya menyaksikan persembahan ini," kata Encik Effendi lagi.



Beliau menambah bahawa persembahan itu membuatnya gembira kerana beliau dapat menjejakkan kaki sekali lagi di panggung tersebut.



Sementara itu, Encik Borhan Saini, 53 tahun, pula berkata bahawa pementasan Malam Lawak Sastera di Panggung Victoria buat julung-julung kalinya merupakan sesuatu yang membanggakan.



"Ini menunjukkan bahawa sastera mempunyai tempat di mata masyarakat Melayu.



"Ia juga merupakan peluang yang baik, bagi pencinta sastera dan juga anak muda untuk mendalami sastera melalui persembahan yang menghiburkan ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >