Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

PROGRAM PENGEMBANGAN BAKAT PENULIS BH-NAC 'MENCARI KRISTAL'

Dapatkan butiran bengkel, peraduan di gerbang khas BH

Jun 02, 2016 | 05:30 AM



SATU laman khas telah dibangunkan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan perincian program Mencari Kristal.



Program pengembangan bakat penulis tempatan itu merupakan kerjasama sulung Berita Harian dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC).



Laman http://mencarikristal.sg memberikan butiran lengkap tentang peraduan menulis cerpen bertemakan Debar Cinta.



Di samping itu, laman memuatkan maklumat tentang siri bengkel eksklusif yang diadakan buat peserta terpilih.



Borang penyertaan dan borang kebenaran waris atau ibu bapa turut disediakan di laman itu bagi membolehkan peserta muat turun. Peserta di bawah usia 18 tahun mesti mendapatkan kebenaran waris atau ibu bapa jika mahu menyertai program ini.



Borang-borang tersebut kemudian perlu dilampirkan bersama karya.



Di laman itu juga, orang ramai boleh mengetahui siapakah yang membarisi panel pengadil peraduan menulis cerpen. Enam sasterawan dan karyawan mapan telah diundang untuk menilai karya peserta.



Peraduan menulis cerpen ini terbuka kepada semua, namun penyertaan haruslah dalam bahasa Melayu.



Pemenang berpeluang membawa pulang wang tunai $5,000 dan piala. Bahkan, cerpen tersebut akan dijadikan video.



Program Mencari Kristal, yang berlangsung selama enam bulan mulai bulan ini hingga Disember, bertujuan meningkatkan keupayaan penulis dalam melahirkan, menerbitkan dan memasarkan karya di dalam dan luar negara.



Bagi tujuan itu, seramai enam sasterawan generasi baru dari tiga negara - Singapura, Malaysia dan Indonesia - telah diundang untuk membimbing 35 peserta bertuah dalam ketiga-tiga aspek persuratan itu. Ini dilakukan supaya penulis setempat bukan sahaja mampu melahirkan karya yang baik, malah mampu menyebarkannya ke pasaran serantau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >