Pertandingan menulis cerpen Mencari Kristal 2019 anjuran Berita Harian/Berita Minggu dengan kerjasama Majlis Seni Kebangsaan (NAC) telah pun menemui pemenangnya. Pertandingan tahun ini membawa tema 'Seram'. Daripada lebih 70 cerpen yang dihantar pada peringkat saringan, seramai 35 peserta yang menghasilkan karya terbaik dipilih mengikuti enam sesi bengkel yang mengetengahkan kepada mereka teknik penulisan dan pemasaran karya sastera terkini. Daripada kelompok 35 orang itu, lapan dipilih sebagai finalis, dengan pemenang utama meraih piala dan wang tunai $5,000. Mulai minggu ini, pada setiap Ahad dan Isnin, kami akan menyiarkan salah satu daripada lapan cerpen terbaik bagi pertandingan yang dianjurkan buat kali kedua ini.
LIPAN, ular, tengkorak dan miang buluh, siap semuanya dalam kamar berbau kemenyan. Jampi serapah menanti saat dihembuskan oleh Wak Omar.