Topik diikuti
Pergi ke BHkuDari pantun ke kuih Nyonya
Walaupun banyak memanfaatkan budaya Melayu, warisan Cina Peranakan memang unik. Peranan dan sumbangan kaum ini penting di Asia Tenggara, menurut kajian jati diri kaum ini oleh pengkaji ternama, Dr Ding Choo Ming.
1 of 4
Jan 26, 2015 | 10:24 AM
Dari pantun ke kuih Nyonya
ESEI panjang atau monograf 30 halaman Dr Ding Choo Ming mengenai Cina Peranakan atau kaum Baba dan Nyonya (juga disebut masyarakat Baba) cukup padat lagi bermakna.
Berjudul Identiti Peranakan Baba di Negeri-Negeri Selat, makalah felo penyelidik utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia, boleh disifatkan sebagai pengenalan yang berguna kepada masyarakat istimewa ini.