Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:16
Isyak
8:27

Degup Hati

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Degup Hati

Nov 19, 2017 | 05:30 AM

kutanya hati
masih berdegupkah engkau
dengan makna hakiki
tatkala aku berdampingan
sepanjang siang
bahkan lewat malam
ketundukan pasrah
dalam rintihan resah
mengadu nasib
mohon kasih tak berhijab
ampunan dan hidup berkat
sedang degupan itu
ganjil berisyarat
petanda laluan tak keruan
tak berkesinambungan
bacaan mulia tersebut
atau, otakku masih berserabut
hatiku terus berkalut
prasangka membungkus kemelut
di sebalik wajah kerisauan
berselubung kebimbangan
kuat berdegupan

ah, betapa aku dalam kerugian
degupmu hati, satu tolakan

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3