Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Di Hujung Terowong

Jul 14, 2019 | 05:30 AM

kelihatan cahaya di hujung terowong

di sisa-sisa penat perit mengharung

belum pasti apakah itu realiti

atau cuma ilusi penyedap hati

sedang kita perlu keluar dari kalut itu

berserabut kesangsian segalanya bercelaru

sampai masing-masing menjadi enau

berantakan fikiran berpegang kalau

bagaimana kalau di hujung cuma perangkap

bagaimana kalau nanti mati dalam diri mencungap

sedang yang samar bukan mesti tak pasti

gawat dan prasangka itu yang mempercepat mati

terowong itu cuma perantara kesepakatan kita

terkubur di tengah atau keluar bebas merdeka

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >