CERPEN

Dia ikut balik

Karya Mohamed Naguib Ngadnan

IRA terjaga. Walaupun matanya masih terpejam rapat, otak dan hatinya seolah- olah sudah tahu apakah angka-angka yang akan menyala merah pada muka jam dinding digitalnya. Kelopak matanya terasa begitu berat hendak dibukanya. Bukan perasaan mengantuk, lemah atau letih yang membungkusnya ibarat sehelai selimut gebu pada waktu itu.

Bukan, bukan itu yang dirasainya, tetapi sehelai kain kapan kejanggalan yang merangkulnya ketat. Ira tahu dia perlu menerima hakikat itu, lalu memaksa juga membuka matanya.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan