JANGAN tiru atau ikut macam saya. Tidak ada apa-apa yang dapat dibanggakan. Air mata darah sekalipun tidak akan membaikkan keadaan. Malah akan mengeruhkan lagi laut suasana. Manakan tidak? Terasa ada gelombang yang amat deras dan ganas menghempas pantai dalam diri saya.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang dan berjumpa dengan saya di sini. Hujan lebat di luar tidak menghalang saudara yang lebih kurang sebaya dengan saya menjadi pendengar setia.