Berkorban apa saja
harta atau pun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia
SUARA P. Ramlee yang mendayu-dayu dari corong radio siaran Warna 94.2, terus menusuk ke kalbu dan berngiang-ngiang di dalam kotak fikiran aku. Hati aku pecah seribu apabila melihat ibu yang terlantar di atas katil hospital dengan tiub intravena IV yang tercucuk di lengan kiri ibu itu pagi tadi.