Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

CERPEN

Hantu Si Kuning Tak Takut Covid-19

May 30, 2021 | 05:30 AM

SELEPAS 40 tahun terapung-apung di angkasa seperti layang-layang, ia hanyut dan mendarat kembali ke tempat asalnya iaitu di kawasan Novena. Cukup indah dan bersih kawasan di situ. Hidungnya kembang kuncup menghidu bau-bauan yang terapung di udara. Kededua kuping telinganya terjungkit naik mendengar segala macam bunyi kenderaan yang datang dari jalan raya. Dulu, ia hanya menghidu bau-bauan tulang dan sisa-sia makanan. Begitu juga bau hancing dan hapak semasa ia menyusuri belakang rumah-rumah mereka yang tinggal di sebuah kampung kecil di situ. Sekarang, rumah-rumah itu sudah tidak ada. Ia digantikan dengan bangunan-bangunan tinggi. Deretan kedai yang cantik dan berdinding kaca turut menghiasi kawasan itu. Sewaktu ia melintasi dinding-dinding kaca itu, bayang tubuh badannya tidak kelihatan. Ia menjadi semakin risau. Sedangkan ia melihat sendiri betapa ramai manusia berpusu-pusu masuk ke dalam perut bumi untuk menaiki MRT. Apakah mereka tidak nampak kehadirannya di situ?

Manusia yang lalu-lalang di situ sememangnya tidak mengambil peduli tentang siapa di sisi mereka. Mereka kelihatan begitu sibuk dengan urusan masing-masing. Ramai juga yang berjalan di celah-celah bangunan dan menyeberang jalan ke hospital Tan Tock Seng. Oh, rumah sakit itu semakin membesar dan bertambah bangunannya. Tentu ramai manusia yang jatuh sakit. Tapi, ia menjadi hairan. Kenapa mereka semua memakai pelitup? Apakah manusia sekarang ramai yang sakit daripada sihat? Namun, ada semacam kegelisahan yang terpahat pada wajah Si Kuning. Ia mencari sebuah kampung kecil yang pernah didiami di kawasan itu. Selagi ia tak berjumpa kampung itu tentu ia akan terus hidup bergentayangan agaknya.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >