hidup bahagia
di samping suami sentiasa
penghilang duka
diri terlindung dari bahaya
sentiasa rasa gembira
susah senang sama dirasa
dalam kemanjaan sepanjang masa
kasih sayang suami sepenuh hati
dicurah setiap hari
siang malan petang dan pagi
wanita lain tidak boleh mendekati
inilah harapan si isteri
kepada suami yang dicintai