CERPEN

Hati

Oleh Patimah Jaludin

MEMANG hatinya terasa amat sakit. Malah hancur berkecai. Hatinya kini tidak pernah tenteram, tidak pernah damai. Sentiasa bergelora seperti ombak yang bergulung menuju ke pantai.

Puas dia cuba memujuk hatinya supaya reda menerima segala apa dugaan dan cubaan yang datang, tapi gagal. Dia cuba bermuhasabah diri, duduk berzikir lama di sejadah selepas solat lima waktunya, tapi selesai zikirnya dan melipat sejadahnya, ketenangan yang dirasainya semasa berzikir itu hapus, terbang jauh dari sudut hatinya, diganti semula dengan gelora di hati.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan