SAJAK

Hikayat Moden

Aku anak pasang siap
Dari kecil diajar baca kitab
Berlumba bagai Usain Bolt
Berteman dengan robot
Jatuh bangun tiada siapa yang sambut
Tetapi tetap menjadi masyhur
Walaupun diri tersungkur
Di tepi jalan yang tidak teratur
Hanya dengan petikan gambar
Diselit kapsyen bertambah popular
Maka viral satu dunia
Zaman serba canggih
Saudara mula tersisih
Kawan memang beribu
Tempat mengadu hanya satu

Si kecil cepat berlari
Pintar mengenal ABC
Tuisyen sana sini
Mengejar institusi tertinggi
Bulan dekat membumi
Alam marikh diterokai
Terperuk dalam dunia sendiri
Walhal bintang siarah
Belum henti mengelilingi

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan