... kau yang curang pada waktu menjerut kalbu dengan rakusmu mengikat ingin bersimpul tali impi ngeri tidak peduli pada hakikat diri dan waktu melambai-lambai lagi menjarah peluang di jejak angkuh egomu dan tegamu bagai tiada pupus walau diputus oksigen malahan berakar ditusuk kollagen kauselaputi putih kebenaran tatkala hitammu terserlah di perdu dosa waktu yang kaucurangi menatap bangkai dimakan helang liar dan lumat hingga ke tetulang kaumasih bersangka esok kaumiliki
PUTEH KHATI


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg