Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Hujan Ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Hujan Ini

Jan 10, 2021 | 05:30 AM

Hujan ini paksi indah untuk dijadikan kenangan
Hujan ini rintitan kisah semalam
yang ditinggalkan
Hujan ini membasahi hati yang pernah
kering di kali biru
Hujan ini rahmat untuk bersedekah
Hujan ini bagai bait-bait puisi yang gugur
seperti daun kering
Hujan ini berpatuk rindu mengenang kembali
ketika kebasahan dalam cinta
Hujan ini memupuk mesra di kala ranjang
pengantin mengimbau indah
Hujan ini pasrah setiap untaian mesra
yang jatuh dari langit
Hujan ini satu pesanan siapa kita di sebalik
suara guntur
Hujan ini bukan riak ego yang menakutkan
tapi janji tuhan pada bumi

A. KADIR PANDI

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3