Tidaklah kita berpuasa
Andai roh iman dan tauhid
Hilang ditelan kecuaian
Oleh kata-kata yang merejam
Perilaku yang menghunjam
Tidaklah kita berpuasa
Andai pupus falsafah agung
Pelaksanaan syariat terapung
Bingung mentarbiah diri
Agama dan kehendak sering disalah erti