Yang kita inginkan
kesan ilmu yang diteroka
dalam sedar dan insaf
biarlah bakal mengikis kekeliruan
antara daif dan sahih
antara fitnah dan dalil
yang sering merumahi minda
Biarlah bertambah penyebar keilmuan
yang pintar berhujah dan matang di minda
hebat berfikir
menyusun fakta kebenaran
bukan hanya manis wajah dan lembut suara
kerana pendengar kini
rakus meneliti perbezaan makna
haus menekuni titik keserasian
dalam alam maya penuh bidaah