Imanku Tercicir Di Mana-Mana, Berita Bahasa & Budaya - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya3

SAJAK

Imanku Tercicir Di Mana-Mana

Apr 10, 2016 | 05:30 AM

Imanku tercicir di mana-mana
Ketika kulihat anak yang lapar
Dahaga menagih setitis air
Hanya mulut yang menganga
Tanpa suara tangis
Pasrah di bawah terik mentari
Imanku tercicir di mana-mana
Ketika kulihat darah mengalir
Dari tubuh yang berlubang
Peluru menembusi daging
Tanpa lagi nyawa
Terbujur di samping jalan.
Imanku tercicir di mana-mana
Ketika kudengarkan khutbah
Menyeru membina syurga di kayangan
Mengumpul pahala memuji Tuhan
Tapi Tuhan?
Dia telah turun dari arasy
Untuk bersama manusia
Di setiap kesengsaraan
Ketika kulihat wajah anak kecil
yang menangis
Rintihan mereka yang kehilangan
Sakit yang ditanggung
Derita dan hampa setiap insan
Di situlah...
Kutemukan kembali
Imanku yang tercicir di mana-mana
Di situlah....
Kutemukan Tuhan
Yang ikut menangis bersama manusia.

MOHAMED IMRAN MOHAMED TAIB

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map