PERUBAHAN anak bujangnya kebelakangan itu menimbulkan banyak pertanyaan dalam hati Haji Wahab. Mahu diluahkan kepada isterinya, Mak Munah, tetapi sering tidak kesampaian. Pagi itu dia bertegas mahu mengajak isterinya mengongsi keprihatinannya.
Dan diluahkan kebimbangannya itu ketika bersarapan kopi-O dan keledek goreng sebelum berangkat ke pos jaganya di sebuah pangsapuri.