RINTIK-RINTIK hujan mulai reda. Jalak berehat buat seketika. Sebak di hatinya tidak tertanggung-tanggung lagi. Terasa lemah dan longlai kakinya. Tidak bermaya lagi untuk berlari. Ia lalu merebahkan diri di bawah sebatang pokok.
"Hei anjing hitam! Apa yang kau buat di daerah aku?" Jalak terperanjat. Seekor anjing kuning mengancam keberadaannya di situ.