Pertandingan menulis cerpen Mencari Kristal 2019 anjuran Berita Harian/Berita Minggu dengan kerjasama Majlis Seni Kebangsaan (NAC) telah pun menemui pemenangnya. Pertandingan tahun ini membawa tema "Seram". Daripada lebih 70 cerpen yang dihantar di peringkat saringan, seramai 35 peserta yang menghasilkan karya terbaik dipilih mengikuti enam sesi bengkel yang mengetengahkan kepada mereka teknik penulisan dan pemasaran karya sastera terkini. Daripada kelompok 35 orang itu, lapan telah dipilih sebagai finalis, dengan pemenang utama meraih piala dan wang tunai $5,000. Sejak 5 Mei lalu, pada setiap Ahad dan Isnin, kami menyiarkan salah satu daripada lapan cerpen terbaik bagi pertandingan yang dianjurkan untuk kali kedua ini.
DERU bayu meniup lembut anak rambut Dali seakan memahami betapa sayu hatinya untuk melanjutkan perjalanan menuju lobi Pusat Jagaan Baitul Murni, sebaik sahaja mendapat panggilan siang tadi.