Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Jejak Kasihmu

Mar 11, 2018 | 05:30 AM

Aku ikuti jejak kasihmu

Pada jarak nadi yg jitu

Berdenyut perlahan

mengikut paras waktu berjalan

Kau umpama desiran angin yg bertiup

Kadangkala meniup perlahan

Berbahasa indah mengisi lagu merdu

Kadangkala meniup kencang

Membuat aku sedar tentang mimpi semalam

Tentang segala-galanya dalam hidup

Tentang pengisian cinta kita

Tentang tuhan

Kau tak perlu berlari-lari di gurun pasir

Kerana aku selalu berada di lautan cintamu

Membina waktu ini pada keyakinan

Membentuk wajah alam

Seindah fajar yg dingin

Dan sesejuk senja ketika berdetik rindu di kaki

      langit

Aku yg pasrah

Kau yg mesra

Tuhan tahu segala-galanya

A KADIR PANDI

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >