SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kalam Allah

Kalam Allah

Jan 3, 2021 | 5:30 AM

Kalam Allah

21aadc8a-b975-4b1d-9488-805f7f6ecd2c
-

Lintasan halilintar 2020 perancangan Allah sememangnya tersirat Pelbagai detik cemas menyelubungi dunia peringatan kepada manusia daif lagi ingkar teguran kepada insan yang sering alpa

Sememangnya Dia yang Esa hanya perlu menyebut 'Kun fayakun' jutaan manusia berpulang kerana virus

Di luar kotak pemikiran terpaku buat jangka yang tidak terbilang mendakap perubahan dalam keterpaksaan

Kami saksi pelbagai keajaiban peristiwa dunia mengubah kehidupan Rumah ibadah tertutup rapat hiruk-pikuk pejabat hilang keriuhan Laluan udara dimiliki unggas semata jalan darat senyap selengang-lengangnya

Korona mengganas tanpa belas ihsan tiada perbezaan bangsa mahupun agama Pusara berkongsi tanah merata setiap detik nisan bertinta

Bencana apakah ini? Ribut, taufan, banjir, kemarau, puting beliung, kebuluran, ketandusan, perubahan iklim menenggelamkan bumi, sama-sama kami tanggapi

Musibah 2020 penyakit Covid-19 akhirnya disenarai ketakutan manusia tercerna dalam tangisan Allahuakbar hanya kepada-Mu kami meminta keampunan

Ilmuwan cari huraian segera demi kelangsungan hidup di dunia Belum Covid-19 menyah pergi dengan vaksin terkini muncul pula varian baharu yang tidak terperi jangkitan sekecil zarah menggugat kehidupan sejagat

Kuatkanlah roh-roh kami harungi pelbagai ketidaktentuan Teguhkanlah iman berserah kepada-Mu, Tuhan kerana lohmahfuz bukan satu kesilapan

Dalam keredhaan menadah tangan hati khusyuk penuh keinsafan Moga 2021 lebih terarah mengharap hidup dalam ketenangan melalui minda setiap insan terlafazlah... inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

ANAH KASNAN

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg