"BARIS, sedia! Ke kanan, lurus!"
Itulah kata-kata pertama yang didengar Hang Gigi pertama kali dia melihat dunia. Terasa keliru seketika. Dilihat di kiri dan kanannya gigi-gigi lain yang lebih tinggi daripadanya. Terasa kerdil dirinya. Teringin sangat dia bertanya kepada gigi di kanannya tentang kehidupan harian tetapi bahagian mulutnya masih terbenam dalam rumah gusinya. Terpaksalah dia sekadar memerhati.