SAJAK
Kenangan Budi Minamoria
(Mengenang Allahyarham Cikgu Muhammad Ariff Ahmad atau dikenali dengan nama pena beliau, Minamoria)
Apr 18, 2016 | 05:30 AM
Tiada akal setanding fikiranmu
Tiada jasad sekuat semangatmu
Tiada kata selancar ujaranmu
Tiada tulisan seindah coretanmu
Demi bahasa dan budaya
Kau redah sejauh mana kaki termampu
Terima kasih Minamoria
Jasamu kukenang dalam doa
MUNSYIDIL