Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Kerana seulas nangka

Jan 16, 2022 | 05:30 AM

Kerana seulas nangka

seorang raja berdaulat terbebat murka

seorang wanita berbadan dua sarat duka

usia mudanya padam di hujung senjata

perintah raja wajib dilaksana.

Kerana seulas nangka

Megat Seri Rama laksamana Bentan yang setia

suami wanita tersayang yang terluka

rela lebat menderhaka

berlagu lantang ke seluruh mandala tercinta:

"Raja adil raja disembah,

raja zalim raja disanggah!"

menjadi buah mulut zaman berzaman

puncaknya raja mangkat dijulang

di tangan laksamana dendamnya berbalas

pada suatu Jumaat bening yang terpusing

fikiran baginda genjot

mulutnya herot

lidahnya tergeliat

selama tujuh keturunan Laksamana Bentan

disumpah muntah darah yang parah

jika menjejakkan kaki di bumi Kota Tinggi

bumi bertuah yang patah sudah

dahan janji sebuah kesetiaan yang berdarah.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >