Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Kutulistiwa Kotalistiwa

Oct 31, 2021 | 05:30 AM

aku ingat sedekad lalu di umbra gerhana
kita sama-sama panjat pencakar langit
mencapai mimpi di tanduk bulan sabit
lalu kita kalungkan di leher antapermana
kita lihat bima sakti ditelan fatamorgana
bisu menghirup madu dari sarang konkrit

ingat bagaimana di sudut alam semesta
kita coret-conteng di dada angkasa
graf`iti cita-cita buat alam dewasa
apabila Hang Suria tanggalkan destar
cahayanya, kita tinggalkan pentas pesta
bertekad berkelana merentas Masa

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3