Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Bahasa

Laluan mencabar

Dec 08, 2013 | 09:18 PM



SEJAK Kongres Bahasa Melayu 1966 sehingga yang bakal dilancarkan Sabtu ini, sudahkah usaha menyedar dan menyemarakkan penggunaan bahasa Melayu mencapai matlamatnya?


Persoalan ini memang tampak sukar dijawab.


Dari segi sejarah, menurut Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad (yang bakal berusia 89 tahun pada 6 Disember ini), suasana Singapura sudah pesat berubah sejak selepas Perang Dunia Kedua sehingga kini.


Beliau merupakan segelintir ‘perintis’ dalam gerakan penyedaran bahasa yang terus bersemangat walaupun kini pada hujung usia senjanya.


“Yang penting kita terus bersemangat dalam memberikan dorongan kepada anak-anak kita yang bakal mewariskan perjuangan ini,” katanya kepada saya tidak lama dulu.


Pada 1950-an, Singapura menjadi tuan rumah dua Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KPBM) iaitu yang pertama dan ketiga (1952 dan 1956). Kongres kedua diadakan di Seremban pada 1954.


Menurut Dr Muhd Ariff: “Semangat mencapai kemerdekaan turut dibakar oleh perjuangan memertabatkan bahasa Melayu.


“Oleh itu apabila Singapura turut terlibat dalam perjuangan untuk merdeka daripada British, bahasa Melayu luas digunakan dan dipelajari oleh orang bukan Melayu,” tambahnya.


Ketika Singapura menyertai Persekutuan Malaysia, bahasa Melayu menjadi ‘laris’ diajarkan sebagai Bahasa Kebangsaan. Golongan bukan Melayu, terutama para pegawai awam, gigih mempelajarinya.


REALITI MERDEKA


Apabila Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia dan meraih kemerdekaan pada 9 Ogos 1965, suasananya tiba-tiba berubah. Walaupun bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Kebangsaan dan satu daripada empat bahasa rasmi, bahasa Inggeris kian luas digunakan sebagai bahasa kerja dan jalinan Singapura kepada dunia antarabangsa.


Namun, Bulan Bahasa Kebangsaan sempat diadakan pada 1966 sebagaimana dijadualkan.


Dewan Bahasa dan Kebudayaan Melayu Singapura yang di bawah riayah Kementerian Kebudayaan ditiadakan pada 1969. Ia merupakan antara gagasan KBPM III. Selanjutnya, sekolah aliran bahasa ibunda, termasuk Melayu, mulai pupus menjelang pertengahan 1970-an kerana ibu bapa di Singapura menyedari kepentingan ekonomi persekolahan aliran Inggeris.


Kesatuan Guru Melayu Singapura (KGMS) yang pernah dipimpin Haji Sidek Saniff telah mengemukana sekolah aliran nasional yang antara lain menetapkan peri penting penggunaan Bahasa Kebangsaan. Namun, saranannya tidak diterima pemerintah.


Buat beberapa lama, terasa suasana lesu pada perkembangan bahasa dan sastera Melayu di Singapura.


Pada Perkampungan Sastera 1973, Angkatan Sasterawan ’50 menyarankan strategi untuk mengatasi kelesuan tadi, termasuk mewujudkan Hadiah Sastera yang mengiktiraf karya terbaik dalam bidang penulisan.


Pada 1982, Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura telah mengadakan Bulan Bahasa yang dirasmikan oleh Mejar Fong Sip Chee, Menteri Negara (Kebudayaan).


Suasana bimbang akan merudum penggunaan bahasa Melayu yang menjejas jati diri masyarakatnya terus menjadi tema dalam forum dan penulisan sastera.


Pemerintah menyedari gejolak soal bahasa ibunda yang turut menjadi keprihatinan masyarakat Cina dan India. Kaum Cina mengadakan Kempen Bertutur Mandarin yang antara lain dalam rangka mengurangkan penggunaan dialek dan memperteguh jati diri.


Pada April 1981, Jawatankuasa Ejaan Melayu pimpinan Haji Sidek ditubuhkan oleh Kementerian Kebudayaan dalam rangka mengatasi masalah ejaan. Ia merupakan cikal bakal (asas) bagi pembentukan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) pada 1992.


PERANAN MBMS


Tahun ini, MBMS berusia lebih dua dekad, dwikegiatannya Bulan Bahasa dan Penyampaian Anugerah Persuratan terus mewarnai kewujudannya.


Singapura sekadar menjadi pemerhati dalam Majlis Bahasa Brunei, Indonesia, Malaysia (Mabbim) buat sekian lama.


Namun pada tahun lalu, tertinta sejarah apabila Singapura (MBMS) menjadi ahli dalam Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) yang ditubuhkan pada 1995.


Seyogia, piagam Mastera dan namanya juga antara lain pernah mendapat masukan atau saranan daripada MBMS.


Pelaburan pemerintah dalam menyuburkan dasar dwibahasa terus diperkukuh. Hal ini mewajarkan pengembangan bidang tugas MBMS untuk terus merakyatkan kegiatannya sehingga ke peringkat akar umbi seperti melibatkan balai rakyat atau kelab masyarakat.


Dalam pada itu, cakap-cakap bahawa Singapura akan ketandusan calon untuk menerima Anugerah Tun Seri Lanang iaitu pengiktirafan tertinggi bagi pencapaian dalam bidang bahasa dan persuratan, ternyata tidak berlaku.


Sejak Dr Muhd Ariff menjadi penerima pertamanya, anugerah mulia ini telah diraih oleh Dr Masuri SN (almarhum), A. Ghani Hamid, Suratman Markasan, Aliman Hassan, Mohd Latif Mohamed, Isa Kamari dan Hadijah Rahmat. Tahun ini, siapa pula?


Yang pasti selagi ada MBMS, terpancar tekad pemerintah memastikan bahasa Melayu terus mekar di negara ini walaupun suasana penggunaan bahasa Inggeris memang cukup dominan sehingga di rumah orang Melayu, bahkan di masjid atau pertubuhan Melayu sendiri.


Menurut Haji Sidek, mantan Menteri Negara Kanan dan lama memimpin MBMS sebagai ‘arkiteknya’:


“Saya gembira MBMS dapat mendekati badan yang bukan bahasa seperti Persisi dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang banyak pemain Melayu. Ini menunjukkan pesilat dan pemain bola sepak kita boleh menjadi duta bahasa, selain profesional atau orang Melayu yang sudah berjaya tetapi tidak melupakan bahasa ibundanya sebagai penanda jati diri.


“Bagi tahap selanjutnya, MBMS perlu memperteguh jenteranya agar lebih berkesan, terutama memanfaatkan bakat dan bakti penerima Anugerah Tun Seri Lanang dan menumbuhkan bakat-bakat muda bahasa dan sastera kita.


 


* Artikel ini pernah diterbitkan di Berita Harian pada 2 September 2013.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >