di lebuh raya cinta tiada had kelajuan yang ada cuma papan tanda amaran di kiri kanannya tiada lampu jalan hanya neon angan mengasyikkan berkerlipan hingga ke jurang kesesatan

di lebuh raya cinta tiada lampu isyarat hanya simpang empat untuk berhenti rihat yang sempat melihat dapatlah manfaat yang tidak beringat merempuh palang mudarat

di lebuh raya cinta jalannya sehala menuju bahagia atau akhir derita..

Zainol Abi

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti