INSTITUSI berprestij Raffles Institution (RI) terkenal sebagai salah satu mercu gemilang persada pendidikan Singapura.
Ramai pemimpin masyhur setempat lahir hasil didikan yang diraih di sekolah bersejarah itu. Contohnya ialah presiden pertama Singapura Yusof Ishak, Perdana Menteri pertama Lee Kuan Yew, mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) Zainul Abidin Rasheed, mantan menteri Abdullah Tarmugi serta diplomat terbilang Bilahari Kausikan dan Profesor Tommy Koh.