Madah Semut Merah, Berita Bahasa & Budaya - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Bahasa & Budaya3

CERPEN

Madah Semut Merah

Karya MOHD KHAIR MOHD YASIN
May 31, 2015 | 05:30 AM

SEMUT-SEMUT yang berwarna merah melangkah dengan resah. Gelisah kelihatan jelas di wajah-wajah mereka. Apakah salah yang telah mereka lakukan? Apakah dosa itu akan menjadikan mereka seperti sejenis makhluk yang kelihatan tidak pasrah? Bumi yang mereka jejaki semakin sepi. Semut-semut merah masih bergelut dalam perasaan ghairah walaupun apa yang mereka inginkan sudah terlaksana. Patutkah mereka meratapi kematian raja mereka, sang semut hitam? Sang raja yang kuat berdendam. Sang raja yang tidak abadi kerjanya hanya melaram. Memerintah tanpa sebarang usaha sendiri. Tinggal semut-semut merah menjadi abdi melaksanakan segala urusan pertiwi.

Pada malam yang gelita, semut-semut merah terus melangkah tanpa arah. Kerakusan sang raja semut hitam sudah menjerumuskan mereka ke dalam sebuah lembah yang dalam. Lembah yang tiada siang atau malam, tiada gelap atau terang, Hanya suasana muram yang memaksa mereka berfalsafah hidup yang membungkam. Prinsip dendam sudah tenggelam dan karam dalam lamunan semalam. Geram sudah lama berakar di dalam hati mereka yang kini sudah berubah menjadi hitam. Dahulu, hati mereka berwarna putih jernih. Segalanya bersih tanpa sebarang nista dan dalih. Tiada sebarang najis dan kudis yang mengalir busuk di alam luas yang dihuni mereka. Semut-semut merah pernah menjadi bangsa yang hanya berusaha dan pasrah. Mereka tidak mudah terluka atau tercedera dengan tohmahan fitnah masyarakat semut di sekeliling kota rimba.

Akses Berita Harian tanpa had!

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map