'Mak Nak Cakap Sikit…'
Karya WAN JUMAIAH MOHD JUBRI
Jun 15, 2015 | 07:36 AM
WAJAH Melor berkerut. Dadanya bersalut cemas. Kededua matanya terpaku di pintu.
Sedar dari tidur tadi, Melor terkejut. Ada nota kecil terselit di bawah telefon bijaknya. Matanya besar menatap nota Mak. Sedang kepalanya berlaga dengan pelbagai soalan, pintu rumahnya dikuak luas. Terpancul wajah Mak di pintu.