SAJAK
Manusia Yang Menyinga
Oct 01, 2017 | 05:30 AM
Sedangkan lelaki mampu berdiri
Inikan pula wanita yang telah lama
Lari, bertumit tinggi.
Sedangkan bangsa heboh berhujah
Inikan pula wanita yang petah
Berbicara, bertulangkan lidah
tidak pernah tergigit.