jejakilah bekas-bekas sejarah leluhur
tersulam dalam dakwat Sejarah Melayu
gemilangnya Temasik, salur-galur diraja
masihkah dipurakan hadir sang singa?
apakah empayar kerajaan bertakhta
letak wajah-wajah berpurba kasta
pada lembaran-lembaran berkias kata
kita dianak-tirikan diplomasi sastera?
masihkah Tuah mahukan Taming Sari?
ketika Melayu singa dipinggirkan
tembang serumpun layakkah menghijau?
menjambak sekasturi wangian persaudaraan
pada tercicirnya darah diperjebatkan - bantah!