Menjelang Syawal

Bila satu Syawal mula menunjuk diri
anak-anak dan yang muda ghairah menanti
kuih-muih busana sibuk dicari
amalan Ramadan mula dijauhi
berpuasa tarawih sering dilupai

warga emas terus mentaati
menziarahi Rumah Allah tidak berhenti
mengharapkan sepenuhnya keredaan Ilahi
menghadapi Allah sepenuh hati
ingin menghapuskan keburukan yang telah dilalui

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan