Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

CERPEN

Menuai harapan

Apr 02, 2017 | 05:30 AM

(i) Cuaca hari Rabu itu menggila terik di luar, menyilaukan mata dan kemudian menjalar pula sakitnya ke urat kepala. Apabila masuk ke dalam rumah pangsa tiga biliknya di tingkat empat, sakit itu bukannya reda, tapi sebaliknya macam hendak terputus urat kepala yang berambut pendek bersikat kemas.

Manalah tak macam hendak pecah kepala dibuatnya apabila perempuan 25 tahun bernama Syarifah menghulurkan telefon bimbit kepadanya dengan tangan kanan. Semakin lama ditatap skrin telefon itu, semakin terketar-ketar tangan kanannya. Air jernih menjujuh. Rakaman mengenai perempuan dalam lingkungan usia lewat 60-an tahun mengusik kalbu, menggenjot minda dan menggeliatkan lidahnya seketika. Dia kelihatan terbaring lesu di ranjang dengan suara yang bergetaran panjang, kerap menghela nafas panjang, berbunyi satu-satu, amat perlahan: "Terima kasih, Adnan. Walaupun mak cik tak dapat bekerja lama dengan Adnan, mak cik rasa bahagia. Syukur sangat- sangat. Ingat pesan mak cik. Kita hanya ikan-ikan kecil di kolam. Selamat tinggal!"

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >