Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Mereka menyambut seruan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Mereka menyambut seruan

Apr 24, 2022 | 05:38 AM

Yang gagah
Tegap
Bagai taufan lalu
Terus diredah
Tiada diendah

Yang bertongkat
Berjalan senget sebelah
Setapak menapak
Khuatir akan rebah
Diterjah taufan manusia

Yang berpapah
Datang berjampi serapah
Digagah selangkah
Takut ditiup taufan
Berhenti menguat semangat

Yang berkerusi
Enak disorong
Turut menunai perintah
Yang lemah jasad
Yang diuji iman

Hamba-hamba ini berkumpul
Menyahut lambaian
Labbaikallahuma La Baik
Labaikkallah sarikalah baik…

Hanya satu yang dipohon
Keredaan ditatang di tampi emas
Dipersembah dengan khusyuk
Diulang tiap waktu terluang
Pagi dengan petang.

Kami datang Ya Allah
Menyahut seruan-MU
Mendambakan diri
Bersama saudara-saudaraku seiman
Meski berlainan corak
Tapi satu ikatan.

SUMADI SARKAWI
MASJID AL-HARAM, MAKKAH

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3