SAJAK
Merpati
Jun 20, 2016 | 05:30 AM
Beginilah sang merpati
sama-sama berdikari
untuk mencari rezeki
buat santapan hari-hari
yang seekor ini
rela menyepi
tahu membawa diri
kerana menyedari
cuma ada sebelah kaki
fikir-fikirkanlah insani
sebagai manusia hakiki