BALIK dari pasar, Wak Ramli terus siapkan bahan-bahan untuk buat mi goreng. Sudah lama juga dia tidak masak makanan itu semenjak tidak berjualan lagi selepas isterinya meninggal. Dia sudah bersara sebagai penjual mi goreng, mi soto, mi bandung, mi rebus dan mi udang.
Sememangnya ketika menjadi penjual di gerai pusat makanan penjaja, dia hanya pilih untuk menjual makanan yang dibuat daripada mi sahaja. Walaupun begitu, antara banyak jenis mi yang dijualnya, mi gorenglah yang terkenal dan paling laris.