Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Nyanyian Rimba

Mar 26, 2023 | 05:30 AM



Di rimba ini

Aku mendengar riuh

Suara-suara mergastua

Jengkerik, kuang dan

Desiran buluh perindu,

Dedaun juga menyanyi

Ditiup angin semilir

Asyiknya hanya kau

Dapat menikmati

Dalam nuranimu

Kau perlu diam membisu

Buka telingamu

Dan bebaskan khayalanmu

Agar suara-suara ini

Menyelam dalam jiwamu

Dan kau merasa ketenangan.



SUMADI SARKAWI




Bertanya dirimu



Apakah ada cacat cuba disembunyi

di sebalik menyusur wangian bunga

dan tajam mata

menggalas cahaya

hidung diasuh mencium bangkai

mata ditutup longlai

lalu tirai lihatnya cuma debu

dari hati terpalit cemburu

makanya dia cepat lemah dimamah resah

sampai tunduk dirinya rendah

kenapa tak dihirup udara segar

kembangkan jiwa besar

melihat jangan cuma mencebik

yang benar berilah tabik.



Bukankah yang kaukejar

impian mekar

separuh sedar

menakluk gunung itu

pacakkan bendera bernamamu

petanda dirimu sudah di situ

bukan bangsat merempat

meminta-minta tempat

basah dalam keringat

sayang sekali

impian itu cuma kaubawa di mimpi

dalam sedar segalanya pergi

tiada yang kelihatan

sekeliling masih hutan

gunungmu masih khayalan

kaujadikan impian pelarian

menangguh mencari huraian

memanjakaan derita kekecewaan.



MAAROF SALLEH




Umrahku
(dedikasi untuk Allahyarham Ustaz Jalaludin Hassan)



Di persada Al Mala jasad mu disemadi

kurniaan Ilahi Rabbi Rabbul Izzati

Diiring doa Illahi Rabbi dan Rasullullah saw

sentiasa mendakap mu hingga ke Jannah



Amanahmu

terpundak di setiap bahu Mutawwif-mutawwif

para ustaz dan ustazah sukarelawawan JTS

memperkasa tanggungjawab duniawi ukhrawi

zahir batin tega melusuri kebatinan Umrah

menjejak jasad lahiriah amal ilmu sejarah



setiap detik dan langkah dari bandara Changi

amanahmu menguntum harum kasturi mewangi

umrahku dipenuhi kebatinan mulia amanahmu

sejauh penghijrahan ke Madinah ke Makkah

sedekat nafas insani amanahmu ikhlas terlestari

bak akrab mata hitam dan putih bak kuku dan isi

di mana bumi dipijak tersinar lelangit al quran

sebak direnjis titik-titik air mata kasih Rasulillahi

bagai tergetar diserapi rohul kudus Ilahi Rabbi



aku datang memenuhi panggilan Mu Ya Allah

aku datang memenuhi panggilan Mu

aku datang memenuhi panggilan Mu

tidak ada sekutu bagi Mu

aku datang memenuhi panggilan Mu

sesungguhnya segala puji, kemuliaan

dan segenap kekuasaan adalah milik Mu

tidak ada sekutu bagi Mu



sekeping hati segumpal darah insan Umrahku

kau balut saluti amanah Ilahi Rabbi Rasulillahi

bumi bertuah Madinah Al Munawarah Baginda

tanah haram Makkah Al Mukkaramah Maha Esa

termaktub kemabruran amal ilmu haji umrah Mu



Setiap kedatangan setiap pemergian sekali berkali

terundang tanpa terusir berpulangan berbekal tafsir

umrahku umrahmu ada cerita peribadi penilai diri

ke Raudah, makam Rasullullah keagungan Kaaba

ke mana saja deruan bayu syahdu haji atau umrah

mentamu jantung qalbu menjamah hakikat juadah

menghirup titik-titik kesyahduan kekontangan tekak

dari telaga kausar ke hamburan limpahan zam zam



Subhanallah.

Subhanallah.

Subhanallah.

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Umrahku

Umrahmu

hanya ditanganMu

mabruran terjamu



Di persada Al Mala jasad mu disemadi

kurniaan Ilahi Rabbi Rabbul Izzati

Diiring doa Illahi Rabbi dan Rasullullah saw

sentiasa mendakap mu hingga ke Jannah



NADIPUTRA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >