CERPEN
Onomatopia
Jan 05, 2020 | 05:30 AM
KRING! Loceng berbunyi seperti permulaan karangan setiap murid yang baru belajar mengarang. Loceng itu menandakan bahawa waktu kelas sudah tamat dan sekarang tibalah masa untuk cerita bermula.
Menurut Cikgu Siti, antara cara untuk memulakan karangan yang baik adalah dengan kesan bunyi. Cikgu memberi contoh loceng berbunyi 'kring'.