Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25
Bahasa & Budaya

SAJAK

Pangkat

Dec 04, 2016 | 05:30 AM

Pangkat…
Yang berakal singkat
Aksi tidak memikat
Ego kian meningkat
Wajah semakin menongkat
Tonasi sinis tidak disukat
Suara sintaksis berpukat-pukat
Tidak mahu bermuafakat
Tiada langsung kata sepakat
Angkuhmu terus melekat

Kau lupa rahmat dan berkat
Kau alpa segala hakikat
Kau lalai bila masa nak disekat
Kau tak peduli waktu mendekat
Apabila jasadmu tidak terangkat
Itulah mangkat.

Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat