Kuta pantaimu luas terbentang ramai penghunimu dari Australia yang sudah lama bermastautin di sini Kuta seolah-olah tempat lahir mereka yang menghairankan mengapa mereka begitu gembira bermain dengan pantai dan laut anak-anak perawan mereka separuh telanjang membanjiri pantai sedangkan mentari terik mencucuk kepala.
Kuta dua puluh tahun dahulu aku pernah datang ke sini menaiki kapal besar yang dipanggil feri aku dari Banyuwangi merentasi Selat Sunda langsung tiba di pantaimu pada ketika itu pantaimu tidak seindah kini lorong-lorong kecil yang dulunya sunyi sepi, sempit, muram, kotor dan lecak tidak ada insan yang mahu melepak sekarang sudah menjadi bersih dan indah apa saja barangan yang diperlukan ada di sini Den Pasar yang dulunya sepi sekarang sudah menjadi Orchard Road.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg