Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

MALAM LAWAK SASTERA BH

Pelakon gembira, penonton puas hati

Malam yang menyajikan persembahan yang padat dengan lawak jenaka, serta membawa penonton mendalami sastera Melayu dan Baba, mendapat sambutan cukup menggalakkan daripada masyarakat setempat. Ramai hadir pada 5 November lalu bagi menyaksikan persembahan teater 'Malam Lawak Sastera' yang julung-julung kalinya dipentaskan Berita Harian di Panggung Victoria. FAKHRURADZI ISMAIL (mfismail@sph.com.sg) dan SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg) bertemu penonton dan pelakon selepas pementasan itu untuk mendapatkan ulasan mereka.
Nov 15, 2016 | 05:30 AM



SEJURUS melangkahkan kaki ke pentas Panggung Victoria, perasaan gementar mula terasa seperti itulah pertama kali mereka berlakon di atas pentas penuh sejarah itu.



Demikian perasaan pelakon pementasan Malam Lawak Sastera: Sayang di Sayang pada 5 November lalu.



Panggung berusia 62 tahun itu menjadi tempat di mana telah lahir kebanyakan pelakon dan penggiat seni mapan tanah air.



Namun, meski sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki di atas pentas tersebut, semangat membara para pelakon itu jelas kelihatan.



Di hadapan panggung yang hampir penuh, mereka memberikan persembahan yang membuat hampir setiap penonton pecah perut geli hati dengan lawak lucu serta spontan mereka.



Pementasan itu menampilkan enam pelakon mapan dan berbakat - M. Saffri A. Manaf, Norsiah Hamid, GT Lye, Junaidah Eksan, Ariff Esa dan Zainal Ihim. Ia berkisar pada dua keluarga yang cuba mengahwinkan anak mereka yang sudah 'terlajak' usia.



Kerja keras yang mereka curahkan dalam menjayakan pementasan itu jelas membuahkan hasil.



Ketika ditemui Berita Harian selepas pementasan tersebut, pelakon pementasan itu tampak gembira kerana dapat menghiburkan hati penonton.



"Teramat dan terlalu gembira. Itulah yang tidak dapat saya gambarkan... masih nak berlinang air mata ini.



"Saya masih tidak dapat percaya telah diberi peluang oleh Berita Harian dan Majlis Seni Kebangsaan berada di Panggung Victoria bersama rakan artis lain.



"Alhamdulillah, ramai datang menonton, bukan sahaja daripada kalangan peminat saya, malah peminat lain yang ingin mengetahui di sebalik tabir pembikinan pentas radio," kata Junaidah Eksan yang telah menjayakan watak sebagai anak seorang Baba Nyonya yang dilakonkan penyair Peranakan Baba, GT Lye.



Bagi GT Lye, pelakon yang popular dengan watak sebagai ibu yang berkuasa dalam keluarganya dan sering tampil dengan kebaya dan sanggul, pengalaman berkongsi pentas dengan pelakon Melayu merupakan yang pertama bagi beliau.



"Malam ini saya rasa sangat gembira kerana inilah pertama kali saya dapat berlakon di atas pentas bersama barisan artis yang bukan daripada golongan orang Baba Peranakan.



"Buat pertama kali dalam seumur hidup saya, saya dapat berlakon dengan artis Melayu. Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sudi mengundang saya dan artis lain malam ini," kata pelakon veteran berusia 77 tahun itu.



Pelakon veteran M. Saffri A. Manaf pula berharap pendekatan yang diambil dalam menyampaikan sastera dengan cara santai dapat terus diterima masyarakat.



"Kita boleh menganggap ia satu kejayaan... sambutan masyarakat amat menggalakkan.



"Ia sastera yang tidak begitu berat, tetapi dapat menyuntik unsur hiburan di samping memberikan sedikit pengajaran



"Bagi saya, pendekatan ini amat berkesan kerana ini merupakan antara kaedah yang mampu kita gunakan untuk menyampaikan warisan sastera dengan cara yang santai," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >