Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pelangi Pagi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

CERPEN

Pelangi Pagi

Mar 04, 2018 | 05:30 AM

(i) Dua hari yang lalu hujan bagaikan mencurah-curah. Semalam bergerimis dan bergerimis, berpanjangan sampai ke pagi. Awal pagi Ahad ini semakin lama semakin reda. Sampai lewat pagi, berhenti terus. Yang terhias di langit biru adalah pelangi. Aku terhenti berlari-lari anak di atas sebuah bukit. Bukit yang dijadikan taman riadah. Banyak yang berada di atas bukit yang menghijau untuk bersenam, sempat berklik sana, berklik sini. Memetik gambar dengan telefon bimbit canggih. Sebagaimana cepatnya merakamkan gambar, begitulah juga cepat gambar itu dihantar kepada kenalan, sahabat handai atau kawan-kawan yang berada jauh dan dekat. Tidak lain gambar pelangi yang amat mempesonakan. Sedap sungguh mata memandang. Tapi aku tidak pula. Kerana aku lebih tertarik kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah bangku kayu yang berdekatan dengan sebatang pokok yang rendang.

Lelaki dalam lingkungan usia lewat 60-an tahun tidak seperti mereka yang lain, yang bagaikan tersihir oleh keindahan pelangi yang tidak pernah terjadi di daerah ini sebelumnya. Lelaki itu adalah manusia biasa seperti aku, tetapi tengah hari itu dia nampak luar biasa. Orang lain asyik mendongak ke langit, berbual-bual akan warna pesona di langit biru, dia pula asyik menekur rumput yang basah. Rasa hairan mencucuk-cucuk hatiku.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3