Pementasan teater bagi kanak-kanak

MENYELAMI pola pemikiran kanak-kanak bukanlah sesuatu perkara mudah seperti yang disangka Syed Harris Salim Albar dan Maryam Noorhimli.

Apatah lagi menghasilkan pementasan teater bagi golongan sedemikian tanpa asas rujukan, ia memerlukan kededua pelajar tahun akhir Sekolah Seni Singapura (Sota) berusia 18 tahun itu menyelongkar di sebalik benak kanak-kanak masa kini.