Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Perahu cinta

Nov 21, 2021 | 05:30 AM

ke mana lagi mahu

diarah perahu itu

pendayungnya telah kau patahkan

dibuang ke dasar kebencian

teroleng-olenglah sang perahu

tanpa kiblat yang satu..

ke mana lagi perlu

terarah perahu itu

juragan malah menyerah

lupa pada panji

lupa segala janji

di tengah ujian gelombang bertalu..

sucikah lagi

panji kasihmu

yang kau kibarkan

yang kau agungkan

jika hanya separuh tiang

kibaran sayang di hatimu

murnikah lagi

sumpah janjimu

yang kau ikrarkan

yang kau lafazkan

jika akhirnya

kau ludah di muara pilu

menjadi racun di lautan madu

tega kau karamkan

perahu cintaku

dan memutuskan sauh kenangan

tinggal buih-buih kepasrahan

kini bergenang tenang

di kelopak sendu kehampaan

merimpuh daya

satu pelayaran

membunuh cinta

dengan hanyir rindu

yang melemaskan

ZAINOL ABI

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >