Perih dan ria menulis skrip drama televisyen
Skrip drama televisyen merupakan genre baru dalam persuratan Melayu. Dengan kehadiran teknologi media, ia bakal berkembang luas, menurut sebuah forum baru-baru ini. Laporan MOHD RAMAN DAUD (raman@sph.com.sg).
Jun 20, 2016 | 05:30 AM
DRAMA televisyen (TV) tempatan merupakan genre (jenis seni penulisan) baru yang mencabar tetapi cerah.
Demikian kenyataan Encik Hamed Ismail @Amer Hais, 68 tahun, penulis skrip drama TV sejak 1985 sehingga persaraannya tiga tahun lalu. Beliau masih diundang sebagai nara sumber dengan syarikat Mediacorp.