Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Perkahwinan

Dec 19, 2021 | 05:30 AM

Suka ataupun tidak

kita harus menerima hakikat pekat

tak sesekali mampu terlepas rimas lebat

daripada ikatan erat menambat

bernama perkahwinan

dengan pelbagai cabaran

yang tiada kesudahan.

Dalam perkahwinan ini

tegarlah daki gunung kesabaran

beranilah renangi lautan ketabahan

gagahlah turuni lurah keyakinan

demi terus dapat melihat

mentari dan bulan yang menghambat

walaupun kedua-duanya berwajah dua -

mentari petang mentari pagi

bulan malam bulan dinihari,

kelihatan sama saja

tapi tak sama seri sinarnya

panas nyaman panas memijar

atau

cita rasa bening cita rasa bergetar

namun perbezaan suasana

tetap mengilhamkan keadaan

dalam tak diam tetap tenang

walau beriak tasik atma yang walang

demi perjalanan yang panjang

berbekal iman berat berkat bukan kepalang.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >