KITA sedia maklum bahawa nilai estetika dalam penulisan kreatif (sajak, cerpen, novel dan drama) merupakan nadi kesusasteraan yang tidak boleh dinafikan hakikatnya. Ini adalah kerana hasil seni penulisan adalah satu ekspresi tanggapan yang penuh sensitiviti. Dengan kata lain juga nilai yang dimaksudkan itu ada kaitannya dengan keindahan yang ada hubungan langsung dengan Islam.
Keindahan bertaut erat dengan beberapa nama Allah seperti Al-Jamal, Al-Nur, Al-Quddus, Al-Hamid, Al-Barr dan Al-Badii.